Pusat Ekonomi Digital Pekan Julau (PEDi Pekan Julau) yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Pekan Julau, Sarawak dan juga di kenali sebagai Community Broadband Centre (CBC) ini merupakan salah satu Pusat Jalur Lebar Komuniti yang terdapat di Sarawak.
Pusat Ekonomi DIgital Pekan Julau (PEDi Pekan Julau) mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2009. Pusat ini terletak di Bangunan Pejabat Hutan Kecil Daerah Julau dimana bangunan ini berhampiran dengan kawasan pentadbiran di Daerah Julau. Lokasinya berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Julau, Pejabat Daerah dan Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Peladang.
Pusat Ekonomi Digital Pekan Julau (PEDi Pekan Julau) ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat iaitu mendekatkan masyarakat kepada pengunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka.
Penubuhan Pusat Ekonomi Digital Pekan Julau (PEDi Pekan Julau) ini juga membolehkan masyarakat setempat dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Portal PEDi Pekan Julau ini dibangunkan bagi memberi pelbagai maklumat disamping memperkenalkan kepada umum berkenaan Pusat Ekonomi Digital Pekan Julau.