Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
OBJEKTIF PENUBUHAN:
- Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
- Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti.
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:
PEDi Pekan Julau menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
- Pengenalan Asas Komputer / Teknologi maklumat
- Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
- Latihan Keusahawanan
- Kelas Digital Learning (E-Tuisyen & E-Learning)
- Latihan e-pekerjaan (SPA, e-Recruitment)
- Advokasi Klik Dengan Bijak
- Kelas Online ( Kelas Asas keusahawanan, Entering the Job Market, Agro Techology, Cakna Gaya Hidup)
JUMLAH KEAHLIAN:
Jumlah Keahlian NADI Pekan Julau adalah
Jumlah Keahlian sehingga Julai 2023 |
1420 orang |