mcmc
Sejarah

Sejarah NADI Pekan Julau

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Julau yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Ekonomi Digital Pekan Julau (PEDi Pekan Julau, Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Pekan Julau, Sarawak dan  juga di kenali sebagai Community Broadband Centre (CBC) ini merupakan salah satu Pusat Jalur Lebar Komuniti yang terdapat di Sarawak.

 

NADI Pekan Julau mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2009. Pusat ini terletak di Bangunan Pejabat Hutan Kecil Daerah Julau dimana bangunan ini berhampiran dengan kawasan pentadbiran di Daerah Julau. Lokasinya berdekatan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Julau, Pejabat Daerah dan Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pertubuhan Peladang.

NADI Pekan Julau ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat iaitu mendekatkan masyarakat kepada pengunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka.

NADI Pekan Julau ini juga membolehkan masyarakat setempat dapat mempelajari ICT, mencari peluang pekerjaan dalam Internet dan pendekatan dalam merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan teknologi ICT. Portal NADI Pekan Julau ini dibangunkan bagi memberi pelbagai maklumat disamping memperkenalkan kepada umum berkenaan NADI Pekan Julau.